Want your
own Fotopage?













 
best..best..best

By: ina best

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Saturday, 12-Sep-2009 22:48 Email | Share | | Bookmark
fresh from d paper

Quote:
Metamorfosis Fadzlee
Oleh Fairuz Zaidan


Muhammad Fadzlee Ariff



Melaram dan aksi sukan ekstrem - dua sisi berbeza ditampilkan personaliti XY - Ikon Lelaki minggu ini. Kenali jagoan acara basikal downhill, Muhammad Fadzlee Ariff. SEKALI pandang, siapa pun tidak menduga anak muda berusia 28 tahun ini mempunyai rekod cemerlang dalam arena basikal downhill atau menjadi peminat sukan ekstrem. Mengapa tidak, paras rupa dan personaliti diri jejaka ini tidak langsung membayangkan Muhammad Fadzlee Ariff jagoan acara basikal downhill di Malaysia.

Nyata, pengalaman lebih sedekad dalam sukan basikal turun bukit menjadikan anak muda ini cukup mahir. Meluncur laju di cerun bukit, Muhammad Fadzlee sempat memberi beberapa aksi memukau yang menggetar perasaan siapa saja.

“Inilah dunia saya,” ringkas kata-kata Muhammad Fadzlee ketika ditemui XY - Ikon Lelaki di pusat rekreasi di Putrajaya, baru-baru ini.



Muhammad Fadzlee berkata, sukan berbasikal downhill mampu memberi kepuasan terutama ketika berdepan cabaran menuruni cerun bukit. Memerlukan kemahiran dan kepantasan, anak muda ini mengakui, pengalaman banyak membantunya mempamerkan aksi hebat.

“Lembah Klang mempunyai banyak lokasi baik untuk sukan basikal downhill. Jika tidak di sini (Putrajaya), aktiviti ini juga boleh dilakukan di Bukit Gasing, Petaling Jaya dan Bukit Kiara.

“Jika hendak tahu, makin ramai peminat baru menyertai sukan basikal downhill berbanding dulu. Suasana lebih meriah pada hujung minggu apabila peminat berkumpul dan berlatih beramai-ramai,” katanya.


Mula mengayuh basikal jenis mountain bike ketika belajar di tingkatan satu, Muhammad Fadzlee yang bertugas sebagai Eksekutif Pemasaran Petronas Dagangan Berhad, terus mengabadikan diri dalam sukan basikal downhill.

Membuka cerita, Muhammad Fadzlee berkata, beliau menghabiskan lebih enam jam setiap hujung minggu untuk berlatih bersama basikal downhill kesayangannya. Tidak cukup sekali pusingan menuruni bukit, proses yang sama dilakukan berulang-ulang sehingga puas.

“Apabila tiba di bawah bukit, kita perlu menolak atau mengangkat basikal hingga ke puncak bukit sebelum mengulangi rutin sama.

“Biarpun letih menolak basikal, kepuasan ketika menguji kemahiran di trek sukar diungkapkan dengan kata-kata,” tutur Muhammad Fadzlee.

Puas berkongsi cerita sukan basikal downhill, ditanya pula soal bergaya. Pada sesi fotografi itu, Muhammad Fadzlee mengenakan persalinan dari Philosophy Men yang tampak santai dan nakal.

Anak muda kacukan Uzbekistan-Melayu ini lebih menggemari penampilan sederhana dan ringkas. Sesuai dengan jiwa ekstrem, Muhammad Fadzlee kurang cenderung mengikut aliran fesyen semasa yang nyata tidak sealiran personalitinya.

Ikuti metamorfosis diri Muhammad Fadzlee...

Bagaimana segala-galanya bermula hingga anda masih lagi mengayuh basikal downhill hari ini?

Saya mula berbasikal sejak belajar di tingkatan satu. Saya bermula dengan menunggang basikal mountain bike. Saya masih ingat, perjalanan dari rumah ke sekolah membabitkan jarak kira-kira 15 kilometer.

Setiap hari saya berkayuh ke sekolah. Saya pula memang gemar berlumba, jadi jarak jauh saya rasakan cukup pantas (untuk dilalui). Itulah saatnya saya mula-mula merasakan keseronokan berbasikal.

Bagaimana anda boleh terbabit dalam sukan basikal ekstrem ini?

Jika hendak diikutkan dengan berbasikal saja memanglah tidak akan membawa ke mana pun. Nasib baik saya gemar bercampur dengan kelompok mereka yang gemar berkunjung ke kedai basikal.

Dari situlah saya mula mengenali jenis-jenis basikal dan fungsinya. Ini yang membuatkan saya cenderung mendalami sukan cross country pada permulaannya.

Bila anda mula menceburi aktiviti basikal cross country?

Sebaik tamat sekolah menengah, saya nekad menumpukan perhatian dalam sukan cross country hingga terpilih mewakili skuad berbasikal Selangor ke Sukma. Untungnya, dari situlah saya mengenali dan mempelajari skil dan kepuasan sebenar sukan ekstrem ini.

Mula-mula aktiviti cross country, kemudian basikal downhill. Apa yang menariknya kedua-dua aktiviti ini?

Masing-masing ada keseronokan dan cabaran tersendiri. Bagi acara cross country, aktiviti ini lebih kepada aspek turun dan naik trek serta tidak terlalu menguji kepantasan.

Manakala, bagi acara basikal downhill pula, ia memerlukan kita meluncur laju dan menggunakan kemahiran. Ini bagi saya lebih menyeronokkan. Apapun, dua sukan ini memiliki keseronokan tersendiri.

Apa agaknya perbezaan ketara antara kedua jenis basikal ini?

Rekaan serta suspensinya jelas berbeza. Selain lebih berat, basikal downhill mempunyai suspensi yang lebih lasak untuk membolehkan hentakan dilakukan. Manakala basikal cross country lebih ringan dan mudah dikawal.

Bagi yang berminat, bagaimana hendak memulakan langkah awal?

Tidak perlu tergopoh-gapah membeli basikal dengan kelengkapan bernilai puluhan ribu ringgit. Sebaiknya, mulakan dengan mengenali mereka yang terbabit dalam lapangan ini.

Pada masa sama, beli majalah berkaitan untuk mempelajari tip dan pergerakan. Andai sudah yakin mahu terbabit lebih serius, mulakan dengan basikal asas untuk acara cross country dan downhill. Anda boleh juga membeli basikal terpakai di pasaran.

Tidak dinafikan acara downhill dan cross country memerlukan kita melabur banyak wang untuk membeli basikal. Tidakkah ini mahal?

Memanglah harga basikal boleh mencecah puluhan ribu ringgit. Seperti basikal yang saya gunakan ini pun, harganya mencecah RM22,000. Namun saya ditaja pasukan saya iaitu KSH Cycles Racing Team.

Asalkan kita bekerja keras, mempamerkan kesungguhan dan kebolehan, pasti beroleh kejayaan dan perhatian pihak luar.

Melihat fizikal anda, nampaknya anda mementingkan penjagaan tubuh badan. Adakah anda berlatih di gimnasium?

Tidak dinafikan, sukan ini menuntut kita memiliki otot badan yang kuat. Saya mementingkan kesihatan, jadi saya pastikan sentiasa bersenam. Selain aktiviti sukan downhill yang membantu saya membentuk struktur badan, saya juga bersenam di gimnasium.

Aksi ekstrem anda ketika menuruni bukit membayangkan pengalaman anda selama ini. Siapa yang banyak membantu anda sepanjang bergiat cergas dalam acara downhill?

Latihan setiap minggu selain terdedah dengan kejohanan tempatan dan peringkat Asia. Semua ini membantu saya memperbaiki kemahiran dan pencapaian. Saya banyak terbabit dalam pertandingan kebangsaan dan yang dianjurkan di beberapa negara Asia seperti Taiwan, Jepun, Korea dan Indonesia.

Apa pencapaian terbaik anda?

Jika di peringkat kebangsaan, cabarannya tidak sesukar di luar negara. Namun, saya berbangga disenaraikan antara 10 pengayuh terbaik di Asia jika mahu mengambil kira faktor acara ini masih baru di Malaysia.

Lebih 10 tahun berkecimpung dalam sukan berbasikal, pernahkah anda terfikir untuk berhenti mengayuh?

Bagi saya, tidak perlu menetapkan tempoh untuk bersara kerana masih banyak yang boleh disumbangkan kepada pencinta sukan. Ini termasuk memberi bimbingan dan peluang melatih bakat baru.

Kisah fesyen & kembar...

DENGAN wajah tampan dan tubuh sasa, tidak hairanlah jika Muhammad Fadzlee sentiasa menarik perhatian ramai. Sarung saja apa saja fesyen atau persalinan di badan, pasti ada yang mencuri pandang.

Sambil merendah diri, Muhammad Fadzlee mengakui beliau tidak terlalu terikut-ikut pengaruh fesyen semasa kerana lebih serasi bergaya sederhana.

“Lebih selesa begini dan tidak serabut dengan fesyen pelik-pelik,” katanya yang gemar mengenakan kemeja-T dan seluar denim pada hujung minggu.

Melihat kulit wajahnya yang putih bersih, pantas ditanya rutin penjagaan wajah anak muda ini. Akui Muhammad Fadzlee, beliau tidak memakai sebarang produk pembersih wajah atau krim pelembap kerana tidak menghadapi komplikasi kulit wajah.

Anak muda ini menambah, beliau memiliki karektor yang cukup sederhana berbanding apa yang disangka.

Memiliki wajah kacak tentu mudah bagi dirinya mendampingi wanita. Namun, Muhammad Fadzlee berpendapat, wanita hari ini bukan saja memandang paras rupa lelaki sebaliknya menilai kejayaan dan pencapaian dalam hidup.

“Wajah bukan menjanjikan kesenangan, sebaliknya kerjaya dan pencapaianlah yang harus diutamakan,” katanya.

Menggemari warna hitam atas alasan mampu membangkitkan pesona eksklusif, Muhammad Fadzlee juga berkongsi detik hitam kehilangan adik kembar tersayang, Muhammad Fathee dalam kemalangan maut di Turki pada 2004.

Memiliki raut wajah seiras dengan arwah adiknya, Muhammad Fadzlee berkata, dalam kejadian itu, adiknya terbabit dalam kemalangan ketika sedang berbasikal bersama rakan sepasukan.

“Allahyarham juga aktif dalam sukan berbasikal iaitu bagi acara road bike. Namun, sudah ketentuan beliau terbabit dalam kemalangan.

“Disebabkan itu, hampir setahun saya tidak menunggang basikal... Kami begitu akrab. Namun, jika hendak diikutkan, di mana-mana kemalangan dan kematian boleh mengundang kita,” katanya mengakhiri perbualan.

PROFIL:

Nama : Muhammad Fadzlee Ariff
Umur : 28 tahun
Tarikh lahir : 24 November 1980
Tempat lahir : Kuala Lumpur
Tinggi : 170 sentimeter
Berat : 70 kilogram
Pekerjaan : Eksekutif Pemasaran Petronas Dagangan Berhad


http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Xy/20090912084425/Article

What this paper forget to mention is..Fadzlee is married already

Met Fadzlee when we went for induction at Bangi, circa last 2 years. Quite a nice guy, and guess what, I did asked him whether he had been featured in Milo ads. Since I think his face is quite familiar.
Later, he shared with all of us about his passion in biking.

He did tell us about his twin brother. A lorry, if not mistaken had rammed into his brother during his practice in Turkey. Being twins, I think, they had somehow have 'special connection'.
Cos, Fadzlee told us, at the same time, (Fadzlee is in Malaysia btw during that time), Fadzlee felt from his bike. Sedih btul.

Anyway, as he mentioned above, 'sukan ni perlukan otot2'. sangat betul, tangan dia sangat muscular-bukti orang selalu pergi gym.





Care to comment?


Thursday, 10-Sep-2009 13:54 Email | Share | | Bookmark
scary mary!



wah!

Care to comment?


Thursday, 10-Sep-2009 13:13 Email | Share | | Bookmark
mari menganyam ketupat

wah, seem like the boys are skillful in weaving ketupat than the gurls.

haih. including me lorh.

akmal, being the smartest one, managed to learn how to weave ketupat from kak ti within minutes, siap boleh repair2 ketupat yang tak lepas QC.

note : seumur hidup saya, mmg xpernah anyam ketupat. setakat buat tikar anyaman time seni sekolah rendah ada la. sebab time raya, kami tidak makan ketupat



Care to comment?


Thursday, 10-Sep-2009 11:59 Email | Share | | Bookmark
splitza!

semalam berbuka dengan pizza. splitza!
separuh ialah thai seafood, separuh ialah chicken supreme.

mama cakap, "amerika nye"..
si utit pun ckp, "gile, amerika"

hihi, inilah akibat tiba-tiba rasa bosan makan nasi.
dan sebenarnya, saya ingat nak masak ayam bercili macam dekat foodcourt level 4 klcc.
namun, kerana tidak berjumpa resepi itu dan saya terperangkap dalam jam.

maka, drive-thru pizza hut lah solution nye.

kenapa makan splitza?
sebab sebenarnya, saya nak makan dominos yang boleh mix n match 4 pizza.
tapi, terfikir, macam mahal dan tak berbaloi nak redah jam untuk ke dominos di seksyen 8, ke 9,tah..

nasib baik order regular pizza, tidak mengikut hawa nafsu.
kerana, tadi saya berbuka dengan 2 slices pizza baki semalam.
alhamdulillah, saya masih kenyang.

Care to comment?


Wednesday, 9-Sep-2009 14:29 Email | Share | | Bookmark
lost @ putrajaya

Had an iftar with my ex-standard 6 classmates.
Read: I managed to join that class only 1 day, b4 moved to another school.

We had so much fun, especially the terjah session part. Well2, favourite question of the day, “bile majlis?” xpun, “nape single lagi? Memilih sgt ek”

Hee..me to be on the safe side, “owh, there’s a new policy that says we cant get married with people from the same company. “.

Only one word “commitment”.

Anyway, u guys r fun. I heart those moment!

Care to comment?


Wednesday, 9-Sep-2009 11:59 Email | Share | | Bookmark
My Public Holiday

 
 
 
I’m 25 already! Alhamdulillah, dah 25 tahun hidup kat dunia ni.
So, sempena my birthday and umur jubli perak ni, I declared 3rd September as my public holiday.

Yeay!
..tapi pagi tu still kena datang office since ade meeting yang xleh nak delegate ke orang lain. Wawawa..
..and petang tu my colleagues organized an iftar cum my birthday celebration. Thanks guys! Appreciate that so much

The most memorable gifts obtained on my birthday :


Thanx pa and ma! Not forgotten, uncle din n family for the early birthday celebration at paka recently. Luv it

p/s: haha, i juz wonder nape i drew 2 umi dalam my drawing tu? mama n papa sgt sweeet~

Care to comment?


Tuesday, 8-Sep-2009 13:30 Email | Share | | Bookmark
help me to understand her

I just cant understand her..

One minute she pm-ed me and complaint bout something

When I replied

She just signed out..

Isk2..why la..

Care to comment?


Saturday, 5-Sep-2009 12:14 Email | Share | | Bookmark
corroded

Ironic, when suddenly u feel dat chemistry is not part of ur life anymore. Dats what I felt during my production chemistry course. All those equations are alien to me. Nah, though I still enjoy understand what are the effects of reacting this and that, mixing x and y,etc.

Those 2 years that I missed, really make my self to become more corrode. New department means new chapter of life, thus I need to get rid of those corrosion. A lot need to be done. Really. I need to give my life a new coat of paint.


Care to comment?


Friday, 4-Sep-2009 14:08 Email | Share | | Bookmark
explorace @ klcc

 
 
 
View all 5 photos...

Who don’t love shopping spree? Especially when there’s someone to splurge rm350 on you. Rm350 might be a small amount to some of us. But to those orphans, it is huge. To see them smile cheerfully just make my day.

What more can they expect. First time in klcc and enjoying the explorace? Shopping at isetan/parkson?buy toys at toys r us?free entrance to filharmonik,petrosains and galeri petronas?

Owhh, a good way to celeb ur birthday. Kids are so much fun in their own ways..

Care to comment?


Tuesday, 18-Aug-2009 15:01 Email | Share | | Bookmark
first time at borneo

I’m in miri now! It’s 2 days since I arrived last Sunday.

Miri, mcm Kelantan version east Malaysia. Sebab peaceful

I’m staying at Imperial hotel, attached to Imperial Mall. Quite easy in case u need to buy something urgently. Btw, I was supposed to stay at another hotel, which is far far away from the town. Fine, I’m ok with that, but then after thinkin,pondering,etc, I make up my mind to stay at Imperial anyway. Reasons:
-Cheaper (though my company pay for me)
-Easy access
-Free internet
-No saiko-saiko about terrorist thingy

p/s: I like sumthing which is practical, simple, no hassle2

since this is my first time been in Miri, everybody keep reminding me to try Lalapan. Ok, doyok told me lalapan means rebus here, but naz told me, mirian call the food lalapan cos it will be served with 8 types of ulam/vegetables, thus they called it lalapan.

I tried it twice. OK la. Lalapan = rice + sambal belacan + tempe + sayur 2 celur + side dishes (ayam,ikan,etc)
Owh guys, there’s no gravy, so remember to ask for soup. Sometimes, lalapan will be served with soup, but it depends..

I’m yet to explore other parts of Miri town since Sallehin suruh berhati-hati. Tp, esok mesti pergi explore!!!


Care to comment?


[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.